Wednesday, April 7, 2010

Menjadi Seorang Mohd Dhuha

"Kamal (bukan nama sebenar), sepanjang hidup kamu, ada tak kamu mengamalkan solat sunat Dhuha?" tanya seorang ustaz kepada anak muridnya.

"Errr ada ustaz" jawabnya teragak-agak. "Paling tidak pun seminggu sekali saya akan buat ustaz" sambung pemuda tadi, yakin.

"Bagus la tu, atleast kamu buat. Alhamdulillah. Tapi kenapa kamu buat solat Dhuha tu?" tanya ustaz separuh umur itu.

"Sebabbb, sebab mak saya kata, bila kita solat Dhuha ni, rezeki kita murah" balas pemuda itu.

"Salah" jawab ringkas ustaz.

"Eh, betullah ustaz. Kan fadhilat solat Dhuha tu dimurahkan rezeki bagi pengamalnya, dan memang itu yang saya belajar selama ni" balas pemuda itu dengan amplitud suara ditinggikan ke satu oktaf sambil mengingat kembali pesan ibunya tentang kelebihan solat Dhuha itu.

"Salah, sebenarnya apa-apa ibadah yang kita buat pun mestila tidak lain hanya nak mendekatkan diri kepada Allah. Yang nak murah rezeki ke or what so ever tu semua letak nombor 3 or 4" jawab tenang.


Ini sebenarnya realiti mentaliti masyarakat kita bila nak beramal dengan sebuah amalan tu. Yang dipikirkannya mesti yang dunia dulu, yang diberi ganjaran cash didunia. Yang kadang-kadang merosakkan nilai sebuah amalan itu ialah mentaliti semacam ini.

Kadang-kadang yang tengah dok sibuk menulis ni pun pikir macam tu jugak. Yelah, becoming a truly die hard Muslim is not easy as ABC. Bila niat dalam hati nak buat something just for HIM, nanti adelah bisikan yang menusuk kalbu yang menyuruh menangguhkan je takpun meninggalkan je terus. Hussh. 

Teringat saya ada satu cerita ni, Mohd Dhuha. Cerita ni pernah main dkt TV3 if I'm not mistaken. And now, dkt Astro Oasis pun ada main jgk kadang-kadang. Cerita seorang budak sekolah rendah, yang setiap hari without fails, akan 'curik-curik' nak solat Dhuha dekat sekolah. Bunyinya macam zuhud. Tapi, the moral between the story lines is, walaupun halangan datang ibarat Tentera Soviet datang menyerbu Bosnia, tapi bila dah niat nak lakukan sesuatu tu, just do it, till the last of your blood. Memang 'agak' susahkan.

Tak cuba tak tahu.

Cuba renung-renungkan dan selamat beramal.


“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
- Doa selepas solat sunat Dhuha -





Remember, everything we do must always for HIM, the worldly benfits we put after it

1 comment: