Tuesday, May 11, 2010

Travelog Umrah 1 : Betul ke ni?

يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ (٢٧) ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ (٢٨) فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى (٢٩) وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى
Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku

Salam,

Sabtu (17 April 2010) hari akbar(besar) untuk diri ini. Tak tahu mcm mana nak describe hari ni. Ni pengalaman first time aku ke sana. Selama ni dengar citer dari mak abah, nyai yaie plus tgk kat TV je. Sekarang giliran aku pulak. Memang sampai dah nak keluar rumah pun still masih tak percaya. Macam cepat je masa tu jalan. Dari mula2 dengar dari mulut mak yang aku akan ke Mekah, sampai la hari ni aku dengar Cik Dudin azan sebelum kami keluar rumah. Macam tak caye je.

Macam mana nak caya, niat asal nak pergi tahun ni memang dah ada. Tup tup mak abah pulak dapat offer buat haji kedua atas tajaan Kerajaan Johor tahun lepas. Then niat untuk umrah tahun ni terpaksa la cancel. Tu yang cuti panjang ni rasa macam nak cari kerja. Bila sebulan dok kat rumah ni nganggur, tup tup (asik tup tup je dari tadi) mak pulak dengan slumber ckp "dik, kau  Insyaallah dapat gi umrah tahun ni". Err "apa mak cakap tadi? kurang dengar la mak". "Kau kata nak gi umrahkan, bulan depan pergi dengan nyai, yaie, cikyah". "Mak cakap ni macam gi umrah tu macam nak gi Angsana beli tudung Fareeda je, biar betul mak?". "Ya Allah, betullah. Mak dah book dengan Tiram Travel".

Bila kita dah dijemput, takde siapa yang boleh halang kecuali DIA. Memang tak sangka sangat. Dan sejak dari hari tu, aku dah mula gelabah. Lagi sebulan nak ke sana. Ape pun tak ready lagi. Mujur Allah tu kasihankan hambanya yang sorang ni, dikurniakan ustaz&ustazah peribadi untuk jadi rujukan. Mak abah la tu. Memang lepas tu aku berguru dengan mak abah. Abah siap bukak Google Earth semata2 nak tunjukkan anak bujang dia ni gambaran Mekah dan Madinah dengan detail. Fuhh. Zaman sekrang ni bukan main lagi ye.

Dan dari hari tu jugak la, aku pergi sendiri kursus umrah yang ada sekitar JB. Memang Tiram Travel ada sediakan kursus umrah, tapi inisiatif aku sendiri nak tambah sebanyak ilmu. Memang dah berbuih mak pesan "nak kesana tu kena ada ilmu, tak boleh tangan kosong je datang, sia-sia je nanti". Maka arakian itu, aku pun join kursus Haji Bersiri yang ada dekat Masjid Uda tiap malam Rabu. Memang selama ni aku ada join jugak sekali tak sekala, tapi yang datang semua pakcik2 dan makcik2. Aku sorang je yang bujang lalali tamplom. Demi mencari bekalan ilmu, letak tepilah malu tu semua, janji kita berilmu. Walaupun tak dijemput, tapi kita main redah je la.

Dengan join majlis2 macam ni lah aku rapat dengan pakcik Yusof, pakcik Md Nor dan lain2 lagi pakcik2 yang seangkatan dengannya. Hebat betul berkawan dengan orang yang lebih berumur dari kita ni. Banyak cerita nak dikongsi. Banyak research saya buat sebelum kesana. Google sana sini.

Disini saya nak kongsi sedikit tips yang tak seberapa bagi mereka yang akan pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci, mudah-mudahan dapat membantu:

1. Pilih travel agen yang baik, dapatkan saranan dari rakan-rakan atau keluarga berdasarkan pengalaman mereka.
2. Banyakkan solat taubat, solat hajat dan solat istikharah.Habiskan semua puasa qodho’, dan qodho’ solat. (pastikan diri kita bersih bila sampai disana)

3. Baca buku Travelog Haji oleh Profesor Muhd Kamil. (buku yang extremely the best buat orang2 yang rasa dirinya jahil, tapi buku ni saya sudah bagi kpd kwn baik saya, AK)

4. Lawat blog Cik Lie; http://www.manzlie-makkah.blogspot.com/ (panduan keadaan semasa di Haram)

5. Rangkakan amalan-amalan yang ingin dilaksanakan di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. (terima kasih mak sebab sudi buatkan untuk adik)

6. Download layout Masjid Nabawi dan Masjidil Haram dari internet supaya tahu kedudukan pintu-pintu – ini sangat membantu bagi yang datang pertama kali. (google earth je)
7. Catatkan doa-doa dan hajat yang ingin dipohon - hafal dan ingat. (bagi mereka yang mendapat kiriman doa yang terlalu banyak. tolong sampaikan hajat mereka, amanah orang ni)

8. Sematkan satu misi dan objektif menunaikan umrah/haji – kenapa aku pergi umrah?

9. Bersangka baik dengan Allah – mohon bantuan dan dipermudahkan urusan.

10. Melihat semua perkara dengan mata hati. (jangan lihat dengan mata kepala)

11. Tinggalkan pesanan dan wasiat pada orang yang amanah.

12. Lihat semua perkara sebagai nikmat. (tayar bas pancit pun sebenanrnya satu nikmat)

13. Lakukan semua perkara sebagai ibadah. (ibadan bukan hanya solat semata2, tolong angkat beg jemaah lain pun ibadah)

14. Redhakan semua cubaan dan musibah. (sakit itu kafarah dosa)

Kaifa Halukum?

Bismillahir Rahmanir Rahim

Ana dah balik, anta macam mana?

Salam to all. First of all, nk mintak maaf sangat-sangat2 la sebab dah berkurun dah tak update blog ni. Bukan ape, sejak balik dari umrah minggu lepas, saya diserang virus demam dan batuk yang amat 'ngeri'. Macam teruk sangat je bunyinya, biasalah kalau setakat demam batuk bila balik dari Umrah/Haji.

Hari ni barulah ada kekuatan sikit nk update blog setelah nk dkt 2minggu dok menjengah blog orang je. Yang selalu jadi mangsa 'stalk' mestila blog CL , Hj Arshad, Mama Hjh Zainab, Saifulislam dan ada la kroni-kroni yang lain. Nak tulis satu-satu penat abang oi.

Insyaallah lepas ni akan ada update pasal cerita saya di Tanah Suci. Tunggu!!!

Doakan saya sihat dan kuat macam dulu-dulu. Dah 2minggu terperap dalam rumah. Iskh iskh iskh (dengarlah tangisan orang yang tak malu). Hari ni mak abah pulak outstation, jadi bibik tak bertauliah untuk 2 hari. Oh Mr.Mama ku!

Saja letak gambar asam pedas ni sebab hari ni jadi fulltime bibik kat rumah.
Konon nak masak asam pedas, tapi takde rasa. Bahana demam.

Friday, April 16, 2010

Ahlan Wa Sahlan



Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali

Bismillahir Rahmanir Rahim

Salam to all..dah lame saya tak dok update blog ni. Minggu ni sungguh pathetic buat saya. Banyak bende nak kena setlle within this week. Setelah berhempas pulas menyiapkan segala dokumen untuk memohon scholarship, akhirnya tadi petang dapat jugak pos laju. Terima kasih buat akak kaunter pos laju sebab sudi melayan kerenah saya walaupun masa berkerja akak dah habis. Moga Allah saja membalas jasa akak. =) nanti saya belanja akak nasi ambang Mat Corner tu.

Untuk makluman semua, besok 17 April 2010, saya akan berangkat ke Tanah Suci. Umrah. First time akan kesana. Time tulis ni pun hati tak habis2 nak dup dap dup dap..Allah je yg taw. Tu yg mood serius je tulis ni.

Takut?

Tipu kalau cakap tak takut langsung. Sebab dah dengar banyak versi cerita 'mak-mak' yang macam2. Yelah, kita ni pikul segunung dosa. Pergi kesana mengharap belas kasih sayang dar DIA. Insyaallah. Moga dipermudahkan segala urusan. Pergi bersama atuk, nenek dan makcik. Kami berempat. Pertama kali untuk saya dan makcik, tapi bukan bagi atuk dan nenek. Mereka dah 'lali' dengan Mekah. Tapi saya? aduhhh

Mintak maaf kepada kawan2 semua yang tak sempat nak mintak maaf secara personal. Hanya sempat hantar sms kat kawan2 yang rapat. Bukan sombong, tapi niat ikhlas tak nak dianggap menunjuk2. Moga Allah ampunkan aku.

Doakan saya sihat disana (walaupun tahu blog ni takde siape yang baca ), moga dapat beribadah dengan hati yang tenang. Insyaallah.

Hati dah sebak dah ni. =)

Saturday, April 10, 2010

Mr. and Mrs Amir

In the name of Allah The Most Gracious, The Most Merciful

Salam to all,
Kepada peminat-peminat diluar sana, harap maaf ye, dah lama dah tak diupdate blog ni. Kepada yang dah lama menanti-nanti buah tangan terbaru dari saya, harap post ini akan mengubat rindu anda semua. Walaupun hati meronta-ronta mintak diupdate blog ni, tapi sungguh, sekarang ni memang di kemuncak ke'busy'an seorang insan idaman ramai ni. (udah-udah le tu mir!!! loya tekak)

Hari ni, terpaksa tambah lagi tanggungjawab dekat rumah ni. Hari ni mak abah outstation. Bukan gi keje ke ape, mereka ada kenduri di batu pahat sana. nak dijadikan cerita, maka arakian segala house chores hari ni terpaksa diuruskan oleh SAYA sendiri. Bukan selama ni tak buat kerja-kerja ni semua, tapi hari, extra double sikit. Almaklum, weekend kot. Nama pun 'housewife' tak bertauliah, maka dengan segala hormatnya Amir, maka buat sajalah.

Hari ni pukul 5 dah bangun dah (padahal alarm dah bunyi dari 4.30). Buat Qiyam mana-mana yang sempat. Sekarang dah kena rajin Qiyam, to make sure amalan ni jadi rutin bila di SANA nanti. So nanti takdelah berat sangat. dulu buat jugak, tapi dah lama jugak stop bila final year foundation. Tu la bahana kalau dah duduk belajar bawah bumbung Kulliyyah Arcihtecture. You will have no time even to eat properly. Serius.

Dahtu, balik masjid lepas kuliah subuh, lepak-lepak tengok TV, pastu TV pulak tengok org yg tengah tidur (Sesedap oren je kau tido lepas subuh eh mir). Mana nak masak, jemur baju, vacum rumah, lipat baju yang dah bertimbun macam kat pusat pemindahan banjir. Gila banyak! Padan la muka kau mir. Pukul 11, dah start dah huru-hara kat daput tu, kalah bibik yang baru pandai masak. Ketung ketang! Pukul 1 karang dah nak kena amik Amin, Aiman balik sekolah agama pulak. Ambik kau!

Punya la syok masak + buat kecah kat daput tu, tup tup..... "Ya Allah! dah pukul 1! Matilah aku." Memang padan muka. Dah tahu pukul 1 nak amik budak-budak, tak reti2 nak masak awal2.. Apelagi terus tutup api, capai kunci, wallet, terus start kereta. Enjin tak panas lagi terus vrooom. Bawak kereta dengan takde toma'ninahnya, pasal takut budak tu ngamuk. Mesti ngamuk budak2 tu. Kompem ah.

Sampai-sampai sekolah, yang sorang tegah cekak pinggang, yang sorang tengah duduk atas batu sambil buat muka Stone Cold terserempak dengan The Rock! Hah! Parah. Dengan slumbernya abang yang baik hati ni stop kereta betul2 depan diorang. Haha. Nasib baik takde yang dah senseng lengan baju. Hehe. Alah, bukan sengaja lambat pun, masak untuk korang jugak. Kira baik taw dapat abang yang mcm ni. Cuba korang dapat abang mcm orang Serbia tuh. Nak? Alamat kebulur la korang.

Sebagai balasan sebab lambat, si abang yang baik ni pandai nak jaga hati mereka berdua.

Jeng jeng jeng....


ABC Special Larkin Bomba..the best in JB and Singapore. Memang membunuh sungguh rasa dia.
Terus diam diorang lunch. Tak tahulah, sedap sangat ke aku masak, ke dah lapar sangat sampai tak sempat nak tukar baju. Hehehe
Jangan terliur sudah ye.............

The moral of the story, manage your time properly.

Wednesday, April 7, 2010

Menjadi Seorang Mohd Dhuha

"Kamal (bukan nama sebenar), sepanjang hidup kamu, ada tak kamu mengamalkan solat sunat Dhuha?" tanya seorang ustaz kepada anak muridnya.

"Errr ada ustaz" jawabnya teragak-agak. "Paling tidak pun seminggu sekali saya akan buat ustaz" sambung pemuda tadi, yakin.

"Bagus la tu, atleast kamu buat. Alhamdulillah. Tapi kenapa kamu buat solat Dhuha tu?" tanya ustaz separuh umur itu.

"Sebabbb, sebab mak saya kata, bila kita solat Dhuha ni, rezeki kita murah" balas pemuda itu.

"Salah" jawab ringkas ustaz.

"Eh, betullah ustaz. Kan fadhilat solat Dhuha tu dimurahkan rezeki bagi pengamalnya, dan memang itu yang saya belajar selama ni" balas pemuda itu dengan amplitud suara ditinggikan ke satu oktaf sambil mengingat kembali pesan ibunya tentang kelebihan solat Dhuha itu.

"Salah, sebenarnya apa-apa ibadah yang kita buat pun mestila tidak lain hanya nak mendekatkan diri kepada Allah. Yang nak murah rezeki ke or what so ever tu semua letak nombor 3 or 4" jawab tenang.


Ini sebenarnya realiti mentaliti masyarakat kita bila nak beramal dengan sebuah amalan tu. Yang dipikirkannya mesti yang dunia dulu, yang diberi ganjaran cash didunia. Yang kadang-kadang merosakkan nilai sebuah amalan itu ialah mentaliti semacam ini.

Kadang-kadang yang tengah dok sibuk menulis ni pun pikir macam tu jugak. Yelah, becoming a truly die hard Muslim is not easy as ABC. Bila niat dalam hati nak buat something just for HIM, nanti adelah bisikan yang menusuk kalbu yang menyuruh menangguhkan je takpun meninggalkan je terus. Hussh. 

Teringat saya ada satu cerita ni, Mohd Dhuha. Cerita ni pernah main dkt TV3 if I'm not mistaken. And now, dkt Astro Oasis pun ada main jgk kadang-kadang. Cerita seorang budak sekolah rendah, yang setiap hari without fails, akan 'curik-curik' nak solat Dhuha dekat sekolah. Bunyinya macam zuhud. Tapi, the moral between the story lines is, walaupun halangan datang ibarat Tentera Soviet datang menyerbu Bosnia, tapi bila dah niat nak lakukan sesuatu tu, just do it, till the last of your blood. Memang 'agak' susahkan.

Tak cuba tak tahu.

Cuba renung-renungkan dan selamat beramal.


“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
- Doa selepas solat sunat Dhuha -





Remember, everything we do must always for HIM, the worldly benfits we put after it

Abang

9.48 p.m.

*Beep!         

          Ayep calling....              

Dah agak dah, malam ni mesti dia dulu yang call. 

Guess what? 

Hari ini (7 April) hari jadi dia. So, dia mestila nak dengar the whole family wish dekat dia. Hehehe. So tanpa segan silunya abangku yang sorang ni telah mendail nombor adik dia ini. Konon nak merajuk la tu mak tak call dia malam ni.

Mak: "bang, mak nak jadi orang pertama ni wish kat kau." berkatalah si emak

Abang: " hehehe" (ni dialog tambahan). "mak, budak-budak tu taknak wish abang ke?"

Mak: "Meme, Amin, Aiman, ni abang kau nak dengar korang wish kat dia ni. Cepat! Jerit kuat-kuat!" arah emak kepada anaknya yang leka dengan kerja masing-masing

Kami: "errrrrrrrrr" hahahaha.ketawa pecah.....=) kasihan abang kami

Untuk abangku Mohd Ariff bin Johari, bila kau baca ni, kompem nangis. Mesti dalam hati tu akan bermonolog dengan sendirinya bila baca post ni.

"Gila adik aku ni, luar alam betul siap tulis entri untuk aku, dahla wish pun tak tadi"

Terpaksalah mengaku, dah dekat 21 tahun kami adik-beradik tak pernah wish abang kitorang yang sorang ni. hehehe. Kami memang brutal dalam bab-bab ni. Tapi brutal-brutal kami pun, dalam hati ada taman. erk......ha gelak la gelak!

Ok la Yep, tulus ikhlas dari kami semua disini buat kamu disana (macam jauh sangat je Jengka-JB), SELAMAT HARI JADI YG KE-21. Moga mendapat hasanah didunia dan diakhirat sana. And jangan lupa, I also have the saham with your practical company tu. Penat google alamat company tu. Share tetap share ye.


special made for you


Truly yours
Adiks+cik dudin         
 

Tuesday, April 6, 2010

Biskut Lavender

Harap maaf, entri kali ini langsung tidak ada kena mengena dengan tajuk yang diberi. Sekadar berbasa-basi.

Hari ini sudah masuk 2 bulan 10 hari (plus minus kalau tak silap) I spending my time right here in my lovely house. Sungguh mula2 start cuti dari CFS IIUM dulu, hati girang ibarat Mawi yang mendapat khabar terpilih menyertai Akademi Fantasia 3 (nk cerita betapa happynya saya)...lalu macam2 plan sudah dirancang 2 bulan sebelum cuti semata-mata ingin manjadikan cuti panjang ini penuh bermakna...fuhh sakan

Tapi plan itu sekarang hanyalah menjadi omong kosong sahaja.
  • dah dua bulan bil api air rumah ni naik mendadak (bahana facebook dan astro)
  • dah dua bulan kereta mak menjadi hak peribadiku (jadi supir sebenarnya)
  • dah dua bulan Masjid Jamek Bandar Baru Uda jadi saksi aku berkuliah setiap malam (tuntut ilmu hingga mati)
  • dah dua bulan jiran bawah rumah selalu senyum kepadaku tatkala mengambil adikku pulang sekolah (seorang makcik)
  • dan tak sampai dua bulan dirumah, remote astro sudah berganti dua kali (kerja tukar2 channel je bila tgk tv, kesian abah...)
  • dan tak sampai dua bulan jugaklah, semua seluar harus diganti baru (rasa macam kecik je seluar tu, ke aku yang membesar, alah seluar tu yang mengecil bila dibasuh) AK

                                               bestkan cuti...                                          

Bukan takde niat nak kerja, niat hati memang nak kerja dari dok dekat rumah melagha tak tentu hala...baiklah kerja cashier dekat petronas sebelah rumah ni, dapat jugak income, saving pun ye jugak, yela, kalau dah keje dekat sebelah rumah, nak makan ke nak ape ke balik je la rumah...tak ke saving namenye tuh...jimat jimat...hehehe =) tapi yang buat tak jimat, jadi cashier ni mesti ada short gaji...walaupun dah bertauliah, short duit tu merupakan asam garam gula cuka ajinomoto bagi seorang insan yang memilih cashier sebagai profession utamanya...ingat jadi DOKTOR je ke susah keje, cashier pun susah jugak taw...(facts)

Sebab kenapa saya memilih untuk menganggur akan diceritakan dalam Biskut Lavender part 2...

Tapi the main things that i wanna highlight today is, sejak lebih seminggu bertapa di kampung cuti sekolah yang baru ni, diri ini terpaksa mengakui sudah ketagih menonton sinetron...gelak lah gelak...

Orang jawa, mestilah tengoknya pun sinetron...tak tengok cerekarama, asmaradana, akasia, manjalara, niyang rapik tu semua (kalau ada Nur Aminah je tengok = Nur Kasih)...kalau tak kerana nyaie (nama manja untuk nenek dlm bahasa jawa) memperkenalkan sinetron ni kepadaku, nescaya tidak akan ku tengok cerita seberang ni...sinetron yang tengah HOT di TV9 sekarang ialah Munajah Cinta...yelah nak menunggu lepas asar ke maghrib...tengok pun sebab TERRRRtengok Khumairah (isteri kpd Fahri dlm Ayat2 Cinta)...ditegaskan sekali lagi TERRRtengok ok...jangan gelak! masyaallah enti jamil jiddan Khumairah...tak paham takpe...

Abah: "dik, pasal kau abah dah tak bole tengok Na O Mei" bersuara abah sambil makan biskut Lavender
Aku: "kenapa pulak bah?" tanyaku sambil menggaru kepala yang tak gatal
Abah: "tengok ni, abah pun dah ketagih nak tengok Khumairah" sambil menjeling kpd mak
Aku: ...senyum...

Nak kongsi sikit fakta mengenai sinetron ni:
  1. orang indonesia memang suka cakap kuat2/jerit2 (dalam bahasa jawa, didowak dowakkan)
  2. yang kelakar kalau tengok sinetron ni, mereka2 ini amtlah suka bermonolog dalaman..hehehe..mostly cerita ni akan ambil masa 1-2 minit kadang2 tu if one of them dah start nak bermonolog
  3. cerita ni tak lengkap kalau takde adegan culik-menculik, dengki-mendengki, dan etc (mazmumah punya sifat)
  4. banyak ulang2 skrip yang sama (sampai nyaie pun dah naik hafal)
  5. kurang unsur2 islamik
So, entri ini bukanlah menggalakkan anda diluar sana untuk turut sama menonton sinetron ini...cuma sekadar review sahaja...kapan anda semua butuh sedikit hiburan, maka bolehlah dijadikan wadahnya...(kenapa gaya bahasa dah jadi gaya indonesia nih)

Sekian, wassalam