Tuesday, April 6, 2010

Biskut Lavender

Harap maaf, entri kali ini langsung tidak ada kena mengena dengan tajuk yang diberi. Sekadar berbasa-basi.

Hari ini sudah masuk 2 bulan 10 hari (plus minus kalau tak silap) I spending my time right here in my lovely house. Sungguh mula2 start cuti dari CFS IIUM dulu, hati girang ibarat Mawi yang mendapat khabar terpilih menyertai Akademi Fantasia 3 (nk cerita betapa happynya saya)...lalu macam2 plan sudah dirancang 2 bulan sebelum cuti semata-mata ingin manjadikan cuti panjang ini penuh bermakna...fuhh sakan

Tapi plan itu sekarang hanyalah menjadi omong kosong sahaja.
  • dah dua bulan bil api air rumah ni naik mendadak (bahana facebook dan astro)
  • dah dua bulan kereta mak menjadi hak peribadiku (jadi supir sebenarnya)
  • dah dua bulan Masjid Jamek Bandar Baru Uda jadi saksi aku berkuliah setiap malam (tuntut ilmu hingga mati)
  • dah dua bulan jiran bawah rumah selalu senyum kepadaku tatkala mengambil adikku pulang sekolah (seorang makcik)
  • dan tak sampai dua bulan dirumah, remote astro sudah berganti dua kali (kerja tukar2 channel je bila tgk tv, kesian abah...)
  • dan tak sampai dua bulan jugaklah, semua seluar harus diganti baru (rasa macam kecik je seluar tu, ke aku yang membesar, alah seluar tu yang mengecil bila dibasuh) AK

                                               bestkan cuti...                                          

Bukan takde niat nak kerja, niat hati memang nak kerja dari dok dekat rumah melagha tak tentu hala...baiklah kerja cashier dekat petronas sebelah rumah ni, dapat jugak income, saving pun ye jugak, yela, kalau dah keje dekat sebelah rumah, nak makan ke nak ape ke balik je la rumah...tak ke saving namenye tuh...jimat jimat...hehehe =) tapi yang buat tak jimat, jadi cashier ni mesti ada short gaji...walaupun dah bertauliah, short duit tu merupakan asam garam gula cuka ajinomoto bagi seorang insan yang memilih cashier sebagai profession utamanya...ingat jadi DOKTOR je ke susah keje, cashier pun susah jugak taw...(facts)

Sebab kenapa saya memilih untuk menganggur akan diceritakan dalam Biskut Lavender part 2...

Tapi the main things that i wanna highlight today is, sejak lebih seminggu bertapa di kampung cuti sekolah yang baru ni, diri ini terpaksa mengakui sudah ketagih menonton sinetron...gelak lah gelak...

Orang jawa, mestilah tengoknya pun sinetron...tak tengok cerekarama, asmaradana, akasia, manjalara, niyang rapik tu semua (kalau ada Nur Aminah je tengok = Nur Kasih)...kalau tak kerana nyaie (nama manja untuk nenek dlm bahasa jawa) memperkenalkan sinetron ni kepadaku, nescaya tidak akan ku tengok cerita seberang ni...sinetron yang tengah HOT di TV9 sekarang ialah Munajah Cinta...yelah nak menunggu lepas asar ke maghrib...tengok pun sebab TERRRRtengok Khumairah (isteri kpd Fahri dlm Ayat2 Cinta)...ditegaskan sekali lagi TERRRtengok ok...jangan gelak! masyaallah enti jamil jiddan Khumairah...tak paham takpe...

Abah: "dik, pasal kau abah dah tak bole tengok Na O Mei" bersuara abah sambil makan biskut Lavender
Aku: "kenapa pulak bah?" tanyaku sambil menggaru kepala yang tak gatal
Abah: "tengok ni, abah pun dah ketagih nak tengok Khumairah" sambil menjeling kpd mak
Aku: ...senyum...

Nak kongsi sikit fakta mengenai sinetron ni:
  1. orang indonesia memang suka cakap kuat2/jerit2 (dalam bahasa jawa, didowak dowakkan)
  2. yang kelakar kalau tengok sinetron ni, mereka2 ini amtlah suka bermonolog dalaman..hehehe..mostly cerita ni akan ambil masa 1-2 minit kadang2 tu if one of them dah start nak bermonolog
  3. cerita ni tak lengkap kalau takde adegan culik-menculik, dengki-mendengki, dan etc (mazmumah punya sifat)
  4. banyak ulang2 skrip yang sama (sampai nyaie pun dah naik hafal)
  5. kurang unsur2 islamik
So, entri ini bukanlah menggalakkan anda diluar sana untuk turut sama menonton sinetron ini...cuma sekadar review sahaja...kapan anda semua butuh sedikit hiburan, maka bolehlah dijadikan wadahnya...(kenapa gaya bahasa dah jadi gaya indonesia nih)

Sekian, wassalam

No comments:

Post a Comment