Salam to all..dah lame saya tak dok update blog ni. Minggu ni sungguh pathetic buat saya. Banyak bende nak kena setlle within this week. Setelah berhempas pulas menyiapkan segala dokumen untuk memohon scholarship, akhirnya tadi petang dapat jugak pos laju. Terima kasih buat akak kaunter pos laju sebab sudi melayan kerenah saya walaupun masa berkerja akak dah habis. Moga Allah saja membalas jasa akak. =) nanti saya belanja akak nasi ambang Mat Corner tu.
Dedikasi untuk Dia yang memberi ilham dan Mereka yang mengunjungi blog diwaktu terang dan suram serta Anda tuan punya badan yang membaca kalam
Friday, April 16, 2010
Ahlan Wa Sahlan
Salam to all..dah lame saya tak dok update blog ni. Minggu ni sungguh pathetic buat saya. Banyak bende nak kena setlle within this week. Setelah berhempas pulas menyiapkan segala dokumen untuk memohon scholarship, akhirnya tadi petang dapat jugak pos laju. Terima kasih buat akak kaunter pos laju sebab sudi melayan kerenah saya walaupun masa berkerja akak dah habis. Moga Allah saja membalas jasa akak. =) nanti saya belanja akak nasi ambang Mat Corner tu.
Saturday, April 10, 2010
Mr. and Mrs Amir
Salam to all,
Kepada peminat-peminat diluar sana, harap maaf ye, dah lama dah tak diupdate blog ni. Kepada yang dah lama menanti-nanti buah tangan terbaru dari saya, harap post ini akan mengubat rindu anda semua. Walaupun hati meronta-ronta mintak diupdate blog ni, tapi sungguh, sekarang ni memang di kemuncak ke'busy'an seorang insan idaman ramai ni. (udah-udah le tu mir!!! loya tekak)
Hari ni, terpaksa tambah lagi tanggungjawab dekat rumah ni. Hari ni mak abah outstation. Bukan gi keje ke ape, mereka ada kenduri di batu pahat sana. nak dijadikan cerita, maka arakian segala house chores hari ni terpaksa diuruskan oleh SAYA sendiri. Bukan selama ni tak buat kerja-kerja ni semua, tapi hari, extra double sikit. Almaklum, weekend kot. Nama pun 'housewife' tak bertauliah, maka dengan segala hormatnya Amir, maka buat sajalah.
Hari ni pukul 5 dah bangun dah (padahal alarm dah bunyi dari 4.30). Buat Qiyam mana-mana yang sempat. Sekarang dah kena rajin Qiyam, to make sure amalan ni jadi rutin bila di SANA nanti. So nanti takdelah berat sangat. dulu buat jugak, tapi dah lama jugak stop bila final year foundation. Tu la bahana kalau dah duduk belajar bawah bumbung Kulliyyah Arcihtecture. You will have no time even to eat properly. Serius.
Dahtu, balik masjid lepas kuliah subuh, lepak-lepak tengok TV, pastu TV pulak tengok org yg tengah tidur (Sesedap oren je kau tido lepas subuh eh mir). Mana nak masak, jemur baju, vacum rumah, lipat baju yang dah bertimbun macam kat pusat pemindahan banjir. Gila banyak! Padan la muka kau mir. Pukul 11, dah start dah huru-hara kat daput tu, kalah bibik yang baru pandai masak.
Punya la syok masak + buat kecah kat daput tu, tup tup..... "Ya Allah! dah pukul 1! Matilah aku." Memang padan muka. Dah tahu pukul 1 nak amik budak-budak, tak reti2 nak masak awal2.. Apelagi terus tutup api, capai kunci, wallet, terus start kereta. Enjin tak panas lagi terus vrooom. Bawak kereta dengan takde toma'ninahnya, pasal takut budak tu ngamuk. Mesti ngamuk budak2 tu. Kompem ah.
Sampai-sampai sekolah, yang sorang tegah cekak pinggang, yang sorang tengah duduk atas batu sambil buat muka Stone Cold terserempak dengan The Rock! Hah! Parah. Dengan slumbernya abang yang baik hati ni stop kereta betul2 depan diorang. Haha. Nasib baik takde yang dah senseng lengan baju. Hehe. Alah, bukan sengaja lambat pun, masak untuk korang jugak. Kira baik taw dapat abang yang mcm ni. Cuba korang dapat abang mcm orang Serbia tuh. Nak? Alamat kebulur la korang.
Sebagai balasan sebab lambat, si abang yang baik ni pandai nak jaga hati mereka berdua.
Jeng jeng jeng....
ABC Special Larkin Bomba..the best in JB and Singapore. Memang membunuh sungguh rasa dia. |
Jangan terliur sudah ye.............
The moral of the story, manage your time properly.
Wednesday, April 7, 2010
Menjadi Seorang Mohd Dhuha
"Errr ada ustaz" jawabnya teragak-agak. "Paling tidak pun seminggu sekali saya akan buat ustaz" sambung pemuda tadi, yakin.
"Bagus la tu, atleast kamu buat. Alhamdulillah. Tapi kenapa kamu buat solat Dhuha tu?" tanya ustaz separuh umur itu.
"Sebabbb, sebab mak saya kata, bila kita solat Dhuha ni, rezeki kita murah" balas pemuda itu.
"Salah" jawab ringkas ustaz.
"Eh, betullah ustaz. Kan fadhilat solat Dhuha tu dimurahkan rezeki bagi pengamalnya, dan memang itu yang saya belajar selama ni" balas pemuda itu dengan amplitud suara ditinggikan ke satu oktaf sambil mengingat kembali pesan ibunya tentang kelebihan solat Dhuha itu.
"Salah, sebenarnya apa-apa ibadah yang kita buat pun mestila tidak lain hanya nak mendekatkan diri kepada Allah. Yang nak murah rezeki ke or what so ever tu semua letak nombor 3 or 4" jawab tenang.
Ini sebenarnya realiti mentaliti masyarakat kita bila nak beramal dengan sebuah amalan tu. Yang dipikirkannya mesti yang dunia dulu, yang diberi ganjaran cash didunia. Yang kadang-kadang merosakkan nilai sebuah amalan itu ialah mentaliti semacam ini.
Kadang-kadang yang tengah dok sibuk menulis ni pun pikir macam tu jugak. Yelah, becoming a truly die hard Muslim is not easy as ABC. Bila niat dalam hati nak buat something just for HIM, nanti adelah bisikan yang menusuk kalbu yang menyuruh menangguhkan je takpun meninggalkan je terus. Hussh.
Teringat saya ada satu cerita ni, Mohd Dhuha. Cerita ni pernah main dkt TV3 if I'm not mistaken. And now, dkt Astro Oasis pun ada main jgk kadang-kadang. Cerita seorang budak sekolah rendah, yang setiap hari without fails, akan 'curik-curik' nak solat Dhuha dekat sekolah. Bunyinya macam zuhud. Tapi, the moral between the story lines is, walaupun halangan datang ibarat Tentera Soviet datang menyerbu Bosnia, tapi bila dah niat nak lakukan sesuatu tu, just do it, till the last of your blood. Memang 'agak' susahkan.
Tak cuba tak tahu.
Cuba renung-renungkan dan selamat beramal.
Abang
*Beep!
Ayep calling....
Dah agak dah, malam ni mesti dia dulu yang call.
Guess what?
Hari ini (7 April) hari jadi dia. So, dia mestila nak dengar the whole family wish dekat dia. Hehehe. So tanpa segan silunya abangku yang sorang ni telah mendail nombor adik dia ini. Konon nak merajuk la tu mak tak call dia malam ni.
Mak: "bang, mak nak jadi orang pertama ni wish kat kau." berkatalah si emak
Abang: " hehehe" (ni dialog tambahan). "mak, budak-budak tu taknak wish abang ke?"
Mak: "Meme, Amin, Aiman, ni abang kau nak dengar korang wish kat dia ni. Cepat! Jerit kuat-kuat!" arah emak kepada anaknya yang leka dengan kerja masing-masing
Kami: "errrrrrrrrr" hahahaha.ketawa pecah.....=) kasihan abang kami
special made for you |
Tuesday, April 6, 2010
Biskut Lavender
Hari ini sudah masuk 2 bulan 10 hari (plus minus kalau tak silap) I spending my time right here in my lovely house. Sungguh mula2 start cuti dari CFS IIUM dulu, hati girang ibarat Mawi yang mendapat khabar terpilih menyertai Akademi Fantasia 3 (nk cerita betapa happynya saya)...lalu macam2 plan sudah dirancang 2 bulan sebelum cuti semata-mata ingin manjadikan cuti panjang ini penuh bermakna...fuhh sakan
Tapi plan itu sekarang hanyalah menjadi omong kosong sahaja.
- dah dua bulan bil api air rumah ni naik mendadak (bahana facebook dan astro)
- dah dua bulan kereta mak menjadi hak peribadiku (jadi supir sebenarnya)
- dah dua bulan Masjid Jamek Bandar Baru Uda jadi saksi aku berkuliah setiap malam (tuntut ilmu hingga mati)
- dah dua bulan jiran bawah rumah selalu senyum kepadaku tatkala mengambil adikku pulang sekolah (
seorang makcik) - dan tak sampai dua bulan dirumah, remote astro sudah berganti dua kali (kerja tukar2 channel je bila tgk tv, kesian abah...)
- dan tak sampai dua bulan jugaklah, semua seluar harus diganti baru (rasa macam kecik je seluar tu, ke aku yang membesar, alah seluar tu yang mengecil bila dibasuh) AK
bestkan cuti...
Bukan takde niat nak kerja, niat hati memang nak kerja dari dok dekat rumah melagha tak tentu hala...baiklah kerja cashier dekat
Sebab kenapa saya memilih untuk menganggur akan diceritakan dalam Biskut Lavender part 2...
Tapi the main things that i wanna highlight today is, sejak lebih seminggu bertapa di kampung cuti sekolah yang baru ni, diri ini terpaksa mengakui sudah ketagih menonton sinetron...gelak lah gelak...
Orang jawa, mestilah tengoknya pun sinetron...tak tengok cerekarama, asmaradana, akasia, manjalara, niyang rapik tu semua (kalau ada Nur Aminah je tengok = Nur Kasih)...kalau tak kerana nyaie (nama manja untuk nenek dlm bahasa jawa) memperkenalkan sinetron ni kepadaku, nescaya tidak akan ku tengok cerita seberang ni...sinetron yang tengah HOT di TV9 sekarang ialah Munajah Cinta...yelah nak menunggu lepas asar ke maghrib...tengok pun sebab TERRRRtengok Khumairah (isteri kpd Fahri dlm Ayat2 Cinta)...ditegaskan sekali lagi TERRRtengok ok...jangan gelak!
Abah: "dik, pasal kau abah dah tak bole tengok Na O Mei" bersuara abah sambil makan biskut Lavender
Aku: "kenapa pulak bah?" tanyaku sambil menggaru kepala yang tak gatal
Abah: "tengok ni, abah pun dah ketagih nak tengok Khumairah" sambil menjeling kpd mak
Aku: ...senyum...
Nak kongsi sikit fakta mengenai sinetron ni:
- orang indonesia memang suka cakap kuat2/jerit2 (dalam bahasa jawa, didowak dowakkan)
- yang kelakar kalau tengok sinetron ni, mereka2 ini amtlah suka bermonolog dalaman..hehehe..mostly cerita ni akan ambil masa 1-2 minit kadang2 tu if one of them dah start nak bermonolog
- cerita ni tak lengkap kalau takde adegan culik-menculik, dengki-mendengki, dan etc (mazmumah punya sifat)
- banyak ulang2 skrip yang sama (sampai nyaie pun dah naik hafal)
- kurang unsur2 islamik
Sekian, wassalam
Aplikasi Terbaru

Seperti yang dijanjikan, dengan nafas baru (ehem, mandi pun tak lagi), Biskut Celup vs Biskut Marrie akan menjadi lebih informative kepada you all semua. Dah tak sabar nak taw ke...SABAR ye...
Pagi ini, mouse digerakkan untuk menjengah beberapa blog rakan2ku yang dirasa amatlah sesuai untuk menaikkan lagi taraf modal insan berkelas tinggi (ayat menjelang Pilihanraya hulu Selangor)...tiba2 TERjumpa dengan satu application yang membantutkan perjalanan mata yang amatlah mengantuk. INI DIA Blogger in Draft. Kalau nak tahu lebih lanjut klik disini http://draft.blogger.com/ ...
tolong jgn klik tempat lain....
Serius mulanya jakun bila guna apps ni. Jujur. Sungguh. Mana taknya, before this, blogger yang ngada2 nak tuka layout/background atau customize blog, mereka memerlukan IQ yang tinggi diadun bersama kesungguhan yang jitu untuk menjadikan blog mereka lebih cantik, menarik, tertarik kau mmg Da Bomb. Tapi bila dah ada apps, semua jadi senang...(janji, takkan berpaling tadah kepada blogspot)
Apa yang buat apps ni amatlah menarik, ia amatlah sesuai untuk mereka yang rabun IT (mcm yang menulis ni)..ye ke..disyorkan untuk mereka yang tak reti coding CSS, HTML etc!
Ada Apa Dengan Template Designer


•Boleh adjust Body Layout.. Footer layout.. And adjust width content + sidebar!
Yang lagi coolio, boleh adjust theme colour ikut warna yang kita suka. Lepas ni dah takde dah lagi,
“Alamak. Nak satu column jer.”
“Kalau lah template ni tiga column.”
“Kecik sangat lah content/sidebar width..“
"Mana-mana, tak jumpa pun Template Designer tu...nak cari kt mana?" Jangan takut, blogger semua boleh klik disini http://draft.blogger.com/..tapi makesure kena ada akaun blogger dulu la ye...FYI, Blogger In Draft ni actually mcm biasa je, cuma yang jadi 'luar biasa' tu is semua apps dkt sini adalah yang latest...so yang x pernah cuba tu tak tahu la kan....
Ok lah, kalau rasa malas nak baca bebelan dekat sini, why not you guys semua try je terus..tinggalkan blog ni...(eh gurau je la)...insyaallah, if ada anything terbaru, Biskut Celup vs Biskut Marrie akan update untuk kalian semua...
Renung-renungkan, dan selamat beramal...