Tuesday, May 11, 2010

Travelog Umrah 1 : Betul ke ni?

يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ (٢٧) ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ (٢٨) فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى (٢٩) وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى
Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku

Salam,

Sabtu (17 April 2010) hari akbar(besar) untuk diri ini. Tak tahu mcm mana nak describe hari ni. Ni pengalaman first time aku ke sana. Selama ni dengar citer dari mak abah, nyai yaie plus tgk kat TV je. Sekarang giliran aku pulak. Memang sampai dah nak keluar rumah pun still masih tak percaya. Macam cepat je masa tu jalan. Dari mula2 dengar dari mulut mak yang aku akan ke Mekah, sampai la hari ni aku dengar Cik Dudin azan sebelum kami keluar rumah. Macam tak caye je.

Macam mana nak caya, niat asal nak pergi tahun ni memang dah ada. Tup tup mak abah pulak dapat offer buat haji kedua atas tajaan Kerajaan Johor tahun lepas. Then niat untuk umrah tahun ni terpaksa la cancel. Tu yang cuti panjang ni rasa macam nak cari kerja. Bila sebulan dok kat rumah ni nganggur, tup tup (asik tup tup je dari tadi) mak pulak dengan slumber ckp "dik, kau  Insyaallah dapat gi umrah tahun ni". Err "apa mak cakap tadi? kurang dengar la mak". "Kau kata nak gi umrahkan, bulan depan pergi dengan nyai, yaie, cikyah". "Mak cakap ni macam gi umrah tu macam nak gi Angsana beli tudung Fareeda je, biar betul mak?". "Ya Allah, betullah. Mak dah book dengan Tiram Travel".

Bila kita dah dijemput, takde siapa yang boleh halang kecuali DIA. Memang tak sangka sangat. Dan sejak dari hari tu, aku dah mula gelabah. Lagi sebulan nak ke sana. Ape pun tak ready lagi. Mujur Allah tu kasihankan hambanya yang sorang ni, dikurniakan ustaz&ustazah peribadi untuk jadi rujukan. Mak abah la tu. Memang lepas tu aku berguru dengan mak abah. Abah siap bukak Google Earth semata2 nak tunjukkan anak bujang dia ni gambaran Mekah dan Madinah dengan detail. Fuhh. Zaman sekrang ni bukan main lagi ye.

Dan dari hari tu jugak la, aku pergi sendiri kursus umrah yang ada sekitar JB. Memang Tiram Travel ada sediakan kursus umrah, tapi inisiatif aku sendiri nak tambah sebanyak ilmu. Memang dah berbuih mak pesan "nak kesana tu kena ada ilmu, tak boleh tangan kosong je datang, sia-sia je nanti". Maka arakian itu, aku pun join kursus Haji Bersiri yang ada dekat Masjid Uda tiap malam Rabu. Memang selama ni aku ada join jugak sekali tak sekala, tapi yang datang semua pakcik2 dan makcik2. Aku sorang je yang bujang lalali tamplom. Demi mencari bekalan ilmu, letak tepilah malu tu semua, janji kita berilmu. Walaupun tak dijemput, tapi kita main redah je la.

Dengan join majlis2 macam ni lah aku rapat dengan pakcik Yusof, pakcik Md Nor dan lain2 lagi pakcik2 yang seangkatan dengannya. Hebat betul berkawan dengan orang yang lebih berumur dari kita ni. Banyak cerita nak dikongsi. Banyak research saya buat sebelum kesana. Google sana sini.

Disini saya nak kongsi sedikit tips yang tak seberapa bagi mereka yang akan pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci, mudah-mudahan dapat membantu:

1. Pilih travel agen yang baik, dapatkan saranan dari rakan-rakan atau keluarga berdasarkan pengalaman mereka.
2. Banyakkan solat taubat, solat hajat dan solat istikharah.Habiskan semua puasa qodho’, dan qodho’ solat. (pastikan diri kita bersih bila sampai disana)

3. Baca buku Travelog Haji oleh Profesor Muhd Kamil. (buku yang extremely the best buat orang2 yang rasa dirinya jahil, tapi buku ni saya sudah bagi kpd kwn baik saya, AK)

4. Lawat blog Cik Lie; http://www.manzlie-makkah.blogspot.com/ (panduan keadaan semasa di Haram)

5. Rangkakan amalan-amalan yang ingin dilaksanakan di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. (terima kasih mak sebab sudi buatkan untuk adik)

6. Download layout Masjid Nabawi dan Masjidil Haram dari internet supaya tahu kedudukan pintu-pintu – ini sangat membantu bagi yang datang pertama kali. (google earth je)
7. Catatkan doa-doa dan hajat yang ingin dipohon - hafal dan ingat. (bagi mereka yang mendapat kiriman doa yang terlalu banyak. tolong sampaikan hajat mereka, amanah orang ni)

8. Sematkan satu misi dan objektif menunaikan umrah/haji – kenapa aku pergi umrah?

9. Bersangka baik dengan Allah – mohon bantuan dan dipermudahkan urusan.

10. Melihat semua perkara dengan mata hati. (jangan lihat dengan mata kepala)

11. Tinggalkan pesanan dan wasiat pada orang yang amanah.

12. Lihat semua perkara sebagai nikmat. (tayar bas pancit pun sebenanrnya satu nikmat)

13. Lakukan semua perkara sebagai ibadah. (ibadan bukan hanya solat semata2, tolong angkat beg jemaah lain pun ibadah)

14. Redhakan semua cubaan dan musibah. (sakit itu kafarah dosa)

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam Amir,

    mama dok tunggu ni...nak baca pengalaman2 amir kat sana..juga nak tgk gambar2! bila senang2 tu, amir update OK. take care!

    ReplyDelete
  3. salam,

    insyaallah mama...kalau ada masa memang akan diupdate blog ni...tp kena berperang dgn demam ni dulu...hehe

    ReplyDelete